Sila tonton video dibawah ini terlebih dahulu. Pastikan anda memasang speaker untuk mendapat “feel” musicnya
Mahukah anda jika saya bongkarkan RAHSIA Usahawan - Usahawan Internet yang berjaya menjana pendapatan di Internet? Mahukah anda jika saya berikan jalan kepada anda untuk berjaya menjana pendapatan di internet?
Baiklah, hari ini saya ingin bongkarkan RAHSIA kejayaan usahawan - usahawan internet di dalam ataupun di luar negara yang berjaya menjana pendapatan ribuan ringgit ataupun jutaan ringgit setiap bulan.
Anda mungkin berasa begitu teruja untuk dapat memiliki RAHSIA ini kerana ianya mungkin dapat membawa anda ke satu tahap yang lebih maju daripada sekarang.
Tahukah anda bahawa usahawan - usahawan internet yang berjaya menjana RIBUAN ringgit setiap bulan ini sebenarnya tiada apa - apa rahsia yang ingin dikongsikan kepada anda? Ya… Percaya atau tidak, sebenarnya TIADA RAHSIA yang menjadi RAHSIA kejayaan seseorang usahawan internet itu.
Anda mungkin terpengaruh dengan pelbagai macam rahsia yang menjanjikan anda keuntungan yang berlipat kali ganda dengan mendapatkan rahsia - rahsia mereka. Adakah anda percaya?
Adakah mustahil untuk menjana pendapatan RM1000 setiap hari? Adakah mustahil untuk menjana RM10,000 setiap bulan?
Sebenarnya tidak mustahil. Saya pernah melihat ada golongan - golongan yang berimpian untuk menjana pendapatan sebanyak RM1,000,000 dalam jangka masa setahun. WOW!… Impian yang sangat baik. Adakah mampu untuk kita menjana pendapatan sebanyak ini?
Jawapannya… YA… Kita mampu menjana sebanyak mana pendapatan yang kita ingin HANYA JIKA kita menggunakan SISTEM yang berkesan dalam perniagaan yang dijalankan.
Apa yang dimaksudkan dengan SISTEM? Sistem yang saya maksudkan adalah pelan perniagaan anda. Dengan memiliki perancangan dan pelan perniagaan yang KUKUH, impian anda pasti akan dapat tercapai.
Apa kata kita lakukan sedikit kira - kira.
Target Pendapatan : RM100,000 dalam masa setahun
Tempoh Masa : Setahun (12 Bulan) + READ MORE
Sebagai seorang usahawan internet, sudah tentunya hampir kebanyakan masa kita adalah berada di depan Komputer. Kadang - kala boleh dikatakan sesetengah usahawan internet ini boleh dikategorikan sebagai kera sumbang kerana tidak bercampur gaul dengan orang sekeliling kecuali rakan - rakan online. Adakah anda begitu? Saya tidak.
Pada sabtu yang lepas, saya telah melapangkan diri untuk “melepak” bersama Shafir Ahmad (Internet Marketer) dari Singapore setelah 1 tahun lebih tidak berjumpa (last perjumpaan adalah di World Internet Mega Summit). Turut menyertai aktiviti “melepak” ini adalah Bitol, Catzer dan adik Kak G.
Bitol pun kali terakhir kami berjumpa adalah sewaktu WIMS tempoh hari. Apa yang saya perasan pada Bitol adalah, beliau dah makin “kurus” berbanding tempoh hari… Tahniah to Bitol!… Ini mesti makan jamu
(Nampaknya saya la yang makin berisi… ).
Sebenarnya perjumpaan ini adalah perjumpaan “kilat” dimana Shafir tiba - tiba sahaja call untuk ajak berjumpa kerana beliau dan keluarga datang bercuti di Kuala Lumpur. Kami semua menghabiskan masa di MidValley dari jam 8p.m sehingga ke 10.30p.m.

Bergambar selepas perut kenyang.

Shafir dan anak lelakinya yang agresif.

Bitol diapit oleh 2 orang awek. (Catzer cuba mengambil kesempatan terhadap Bitol…
)
Thanks to adik Kak G (Maria) yang “menye+sponsor” kami makan… Saya order nasik goreng Portuguese… (Waktu nak order macam sedap jer dengar nama) tetapi bila dah dapat dan makan, rasanya macam nasik goreng kampung daaa…
Walaupun hanya lebih kurang 2 jam lebih sahaja berjumpa, namun kami enjoy dengan perjumpaan ini lebih - lebih lagi catzer yang sentiasa “hyper” active mengalahkan anak Shafir.
Semoga dapat bertemu lagi mereka - mereka ini di masa hadapan.
p.s - Jika ada apa - apa aktiviti di masa hadapan, mungkin kita semua boleh berjumpa. Mahukah kita lakukan apa - apa aktiviti bersama? Ada sebarang cadangan?
Jun 15 2008
Posted by Amirol in Buat Duit, Jana Wang Internet, Perniagaan Internet |
Seperti yang kita sedar, terdapat golongan yang ingin menjana pendapatan di internet termasuk diri saya sendiri. Siapa yang tak mahu jika ditawarkan untuk hanya bekerja dari rumah sahaja tanpa perlu untuk bersusah payah menghabiskan minyak kereta (mentang - mentang minyak dah naik harga) untuk pergi ke pejabat, atau bekerja di bawah arahan orang (boss besar).
Malah, jika pendapatan yang diperolehi hasil daripada menjalankan perniagaan di internet adalah melebihi daripada pendapatan kerja dibawah orang, sudah tentu hal ini menjadi pilihan utama kita semua.
Terdapat 2 perbezaan golongan yang menjana pendapatan di internet iaitu golongan yang semata - mata buat duit di internet dan golongan yang “membangunkan perniagaan” di internet. Rata - rata daripada kita akan bermula dengan konsep pemikiran “aku nak buat duit kat internet“… atau “aku nak jana pendapatan dari internet“…
Saya ingin akui bahawa pada satu ketika dahulu, ideologi saya adalah begitu… Apa yang saya nampak ketika itu adalah “semata - mata nak buat duit sahaja” dari internet. Macam - macam perkara saya cuba… bermula dari autosurf, join program A, B, C… Ya, saya berjaya “buat duit” dari program begini namun hasilnya tidaklah memuaskan… hanya sekadar cukup buat duit minum kopi sahaja. Saya juga cuba untuk membuat jualan produk digital MRR, RR pada ketika itu namun gagal untuk mencapai kejayaan yang sepenuhnya kerana tiada strategi serta tidak faham dengan konsep sebenar jualan di internet.
Saya cuba dan cuba, saya tetap gagal… Kalau nak dikira jumlah duit yang habis tu, tak payah diceritalah. Dalam tempoh pembelajaran ini, sememangnya seseorang newbie (yang tak tau apa - apa tentang perniagaan di internet) akan habis sejumlah wang disebabkan keghairahan yang membuak - buak untuk mengetahui sesuatu perkara.
Namun, keghairahan saya terhenti setelah saya menyertai satu komuniti internet marketing (membership) international yang diperkenalkan oleh rakan saya iaitu mdhilmi pada hujung tahun 2006 yang mana membership ini telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan saya sebagai seorang “newbie” yang ingin mempelajari selok belok internet marketing.
Dalam membership ini, saya mula mengenal konsep sebenar menjalankan perniagaan internet. Daripada mempunyai ideologi “buat duit“ semata - mata, ia telah berubah kepada ideologi “membina empayar perniagaan“.
Rata - rata newbie beranggapan untuk “buat duit” di internet ini sangat senang. Malah ada yang berangan - angan untuk menjana Jutaan Ringgit hanya daripada internet lebih - lebih lagi melihat kejayaan Dr Irfan Khairi yang dikenali sebagai Jutawan Internet.
Nasihat saya, hentikan angan - anganmu itu… Berpijak pada realiti. Nak buat duit semata - mata di Internet memang sangat senang JIKA anda mempunyai kelebihan seperti melakukan programming, kepakaran designing, serta lain - lain pengetahuan komputer (advanced user). Hanya dengan menawarkan khidmat berdasarkan kepakaran yang dimiliki, dalam masa 24jam pun golongan ini sudah boleh menjana wang. + READ MORE
Jun 13 2008
Posted by Amirol in Review Produk, Usahawan Internet Malaysia |
Dalam tempoh 3 minggu ini sahaja, lebih daripada 3 keluaran produk digital yang dilancarkan satu persatu oleh usahawan - usahawan internet Malaysia. Ini menunjukkan perkembangan industri pemasaran produk digital di negara kita semakin pesat berkembang. Jika dulu hanya ada beberapa kerat sahaja produk digital yang dipasarkan oleh IM tempatan, namun kini keadaannya telah berubah.
Makin ramai yang telah berminat untuk menjadi usahawan internet dengan mencipta dan memasarkan produk tersendiri. Satu perkembangan yang cukup membanggakan dan menyeronokkan untuk pasaran tempatan!
Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi tanggungjawab lain untuk usahawan - usahawan internet ini terutama sekali dalam memberi didikan kepada pengguna internet yang lain. Ini adalah kerana masih ramai lagi pengguna - pengguna internet kita yang PERLU disedarkan dengan erti sebenar perniagaan internet. Ramai lagi yang masih mengganggap (pendek kata mempunyai mentaliti) produk yang dipasarkan oleh usahawan internet ini adalah satu bentuk “program”. Mungkin disebabkan oleh “monopoli” program - program jana wang pada satu ketika dahulu amat kuat bertakhta di hati mereka ini.
Baiklah, hari ini kita cuba selongkar secara ringkas isi kandungan produk - produk mereka ini. Kesemua produk mereka ini saya miliki dan kerana itu, saya akan memberikan komen ringkas tentang produk mereka ini. + READ MORE
Dalam tempoh hampir 3 minggu ini, saya menghadapi kesukaran untuk mengakses ke internet lebih - lebih lagi untuk melayari laman web daripada pihak Google. Hal ini termasuklah kesukaran untuk mengakses ke Adwords, Adsense dan Gmail.
Setiap kali saya membuka email Gmail, beginilah paparan yang tampil. Terpaksalah saya menggunakan Basic HTML view sahaja untuk masuk ke dalam Inbox.

Adakah anda turut menghadapi masalah yang sama? Atau mungkin masalah ini timbul dikawasan saya sahaja? Hmmm… Banyak kerja jadi lambat lebih - lebih lagi untuk urusan download dan upload…
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan TIPS bagaimana anda boleh meluahkan masalah yang anda hadapi dalam membangunkan perniagaan internet anda, masalah teknikal laman web atau apa - apa persoalan yang berkaitan dengan industri perniagaan di internet.
Saya acap kali menerima email yang bertanyakan pelbagai macam perkara bermula daripada perkara - perkara asas perniagaan internet sehinggalah ke bahagian teknikal laman web. Terima kasih buat anda yang pernah menghubungi saya.
Pelbagai macam kerenah email yang saya terima dan pelbagai macam gaya penulisan yang saya lihat. Ada yang sopan dan ada yang “rock”…. Ada yang lengkap soalannya dan ada yang tidak diketahui hujung dan pangkal soalannya.
Pendek kata, sepanjang saya mengendalikan “customer service” ini, ia adalah merupakan satu pengalaman yang begitu berharga kerana saya sendiri telah mempelajari pelbagai macam perkara terutama sekali pengalaman bagaimana untuk menguruskan pelanggan.
Jika dulu saya berseorangan mengendalikan “helpdesk”, kini saya ada 2 orang lagi rakan yang akan membantu saya. Walaubagaimanapun, buat masa ini saya masih lagi memantau kesemua email - email yang terkirim.
Boleh dikatakan 80% email yang dikirimkan oleh pengguna ke ruangan support tidak menepati atau tidak lengkap dengan butiran yang diperlukan.
Jika dilihat pada ruangan bantuan saya di http://support.usahaniaga.com, saya telah meletakkan garis panduan ringkas iaitu bagaimana cara terbaik untuk menghubungi pihak saya. Namun, saya percaya tidak semua yang membaca ruangan tersebut dan kerana itu banyak soalan yang terkirim tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. (Maybe saya akan update lagi kandungan ruangan tersebut)
Apakah maksud saya email yang terkirim tidak menepati prosedur yang telah ditetapkan? Jika dilihat pada ruangan support tersebut, ada ruangan kategori / department yang telah disediakan mengikut permasalahan yang dihadapi.
Sebagai contoh, jika seseorang pengguna itu mempunyai masalah berkaitan download produk, maka mereka haruslah masuk ke department yang betul iaitu department download produk.
Tetapi apa yang dapat saya lihat adalah pengguna - pengguna yang mengirimkan ticket support (email) ke department yang salah. Mungkin hal ini tidak diberi perhatian oleh mereka kerana mereka tergesa - gesa ingin mendapatkan jawapan.
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jun | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||